Homestay Bandar Jengka

TENTANG KAMI

Mahabbah homestay telah mula beroperasi pada bulan Julai tahun 2014 yang lalu. Homestay ini dimiliki dan diusahakan oleh pasangan guru yang sedang berkhidmat di sekolah sekitar Bandar Jengka,Pahang. Sepanjang Mahabbah homestay ini beroperasi, kami menerima pelanggan yang berasal dari pelbagai negeri di seluruh Malaysia. Homestay ini terletak di Taman Perumahan Permatang Shahbandar 2 yang mana lokasi ini berhampiran dengan UITM cawangan Jengka. 

Kami menawarkan perkhidmatan sewa harian dan mingguan bergantung kepada kekosongan homestay. Homestay ini sangat sesuai untuk dijadikan penginapan seisi keluarga samada yang datang melawat ke Jengka, menghadiri majlis/ kenduri- kendara atau yang terlibat dengan program yang diadakan di Jengka. Kami menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan - pelanggan kami bersesuaian dengan kadar semasa.

Mahabbah homestay adalah homestay yang bercirikan rumah teres yang terletak di Taman Permatang Shahbandar 2, Bandar Jengka. Homestay ini mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air dimana ia boleh memuatkan sekitar 8-10 orang pada satu-satu masa. Bilik tidur utama dilengkapi dengan penghawa dingin dan bilik air peribadi. Selain itu, kami turut menyediakan kelengkapan seperti:

- TV dilengkapi dengan perkhidmatan ASTRO
- Aircond (Bilik tidur utama)
- Peti Sejuk
- Peralatan Asas memasak
- Mesin basuh
- Seterika
- Rice cooker
- Cerek elektrik

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perkhidmatan Homestay

Lokasi Mahabbah Homestay